RENDANG DAGING ALA JOHOR
Assalamualaikum and selamat petang semua... kali ni ell nak share something pasal resepi.. bukan ape petang petang cam ni ell craving rendang ibu ell sebenarnya .. memandangkan x dapat makan..sebab ell di perantauan sekarang ni jadi tulis resepi pon jadilah... haha..
untuk pengetahuan korang... rendang johor ni lain sikit dari negeri lain coz mostly kitaorang suka tambah sedikit daun kunyit and daun limau purut.. sebagai penambah rasa... erm satu lagi biasanya rendang johor ni agak kering sikit... tapi memang sedap laaa,,, lagi2 makan dengan ketupat baru rebus or nasi panas... ada pulak serunding daging ,, lemak lodeh dan ayam masak merah memang kick sampai boleh naik 5 kg kalau makan.. tapi kisah ape ,bukan selalu kan.. haha.. tanpa berlengah.. ell akan kongsikan resepi rendang daging ala Johor yang ibu ell ajar...
lebih kurang cam ni la rupa dia.....
antara bahan bahan yang diperlukan ialah:
Bahan:
500 g daging (beli daging fresh bukan dlm kotak tau..)
4 ulas bawang sederhana besar}
6 ulas bawang putih }
2 inci halia } Bahan2 untuk dikisar
2 inci lengkuas }
3 batang serai }
10 tangkai cili kering }
2 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit } Carik halus2
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk halia
Santan pekat dr 1 biji kelapa
Kerisik setengah paket kecil
Buah keras 2 biji } ditumbuk
Garam dan gula secukup rasa
500 g daging (beli daging fresh bukan dlm kotak tau..)
4 ulas bawang sederhana besar}
6 ulas bawang putih }
2 inci halia } Bahan2 untuk dikisar
2 inci lengkuas }
3 batang serai }
10 tangkai cili kering }
2 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit } Carik halus2
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk halia
Santan pekat dr 1 biji kelapa
Kerisik setengah paket kecil
Buah keras 2 biji } ditumbuk
Garam dan gula secukup rasa
ok lepas dah ada semua bahan bahan ni... korang dah ready utk masak rendang ala johor yang pastinya dapat menambat hati suami.. boyfriend .. kaum keluarga.. mak mertua dan yang sewaktu dengannya ,, ell jamin.. haha.. ok lets start....
Cara membuatnya:
1) Setelah bahan2 yg disebutkan dikisar, anda cuma ambil kuali yg besar dan panaskan minyak sedikit. Masukkan bwg merah, bwg putih dan serbuk jintan manis dan tumisla sampai wangi dan kekuningan.
2) Masukkan bahan kisar halia, lengkuas, serai dan buah keras yg dah ditumbuk. Setelah bau dia naik masukkan cili kering kisar dan tunggu sehingga garing sedikit. Masukkan juga daun kunyit yg dah dicarik td dan daun limau purut. Api kecil ye...hangus plak kuali korang karang..
3) Kemudian masukkan daging, gaulkan sedikit ngan ramuan2 td dan tunggu kejap hingga air daging keluar. Agak2 daging dah sebati dgn ramuan2 td masukkan santan dan biarkan sehingga santan mendidih. Kalau bleh tutup ar dgn tudung periuk cpt sket didih.
4) Ok...dah didih santan tu? klau dah kcau2 sket dan masukkan kerisik, garam, gula secukup rase ye....pastu biarkan smpai kuah rendang tu pekat..x payah tutup lg kuali tp make sure api sederhana je supaya daging bleh empuk.dan siap .. boleh dihidang...ohh sebelum tu make sure korang x lupa letak satu resepi rahsia iaitu kasih sayang... barulah masakan korang terasa sedap sehingga menjilat jari...
That all dari saya hari ni, selamat mencuba... tatatititutu.....
No comments:
Post a Comment