DIA ADA DI BAWAH KATIL.........
asalamualaikum semua... selamat berjumpa kembali.. dalam blog kali ni ell nak share tentang satu cerita seram yang berlaku di matrik negeri sembilan.. ell merupakan student batch 2014/2015.. OK masa mula mula masuk situ ell agak shock jugak laa tengok keadaan kat situ nampak cam agak seram..and sepi maklumlah banyak gak hutan kat situ..ditambah pulak dengan kegatalan tangan ell menGOOGLE segala cerita seram kat situ.. bertambah seriau laa.. tapi x pe laa demi mengejar kejayaan ell gagahkan la juga..
ell ditempatkan di bilik A118 Bersama dengan 3 orang roomate yang lain.. mujurlah diorang ni jenis yang sempoi and baik sangat... so x la presure... nak dijadikan cerita suatu malam ni kitaorang tengah study untuk pspm 1 ..maka masing masing pun khusyuk la belajar,, ell ni jnis yang x suka belajar kat meja belajar ..ell prefer letak buku atas katil n ddk bersila kat tepi katil... masa tu jam dah menunjukkan pukul 12 .30 malam kalau x silap.. tapi kitaorang still stay up....
tengah ell lunjur kaki ell bawah katil tiba2 ell terasa ada yang terkam.. ape lagi menjerit sakan la ell sampai terkejut semua roomate... sumpah memang rasa kering darah time tu pas tengok bawah katill memang x de ape2...masa tu semua roomate ell pucat lesi n susah nak tido la malam tu.. erm tpi ell assume maybe sebab dah letih kott tu macam2 perasaan timbul.. seminggu pon berlalu and perkara ni pon dilupakan.. sampailah satu hari tu.. roomate ell yang tidur sebelah katil ell cerita.. ada suatu malam dia dengar sesuatu bunyi dari bawah katil...macam orang mengerang kesakitan n kadang 2 macam orang tengah nangis.. tpi ell n roomate yang lain x dengar..hari demi hari benda ni jadi isu.. n bertambah buruk bila salah seorang dari roomate ell kata dia ternampak ada sesuatu di bawah katil seolah sekujur tubuh.. masa tu kitaorang decide benda ni x boleh dibiarkan lagi so kitaorang start ajak jiran sebelah utk join kitaorang baca yasin kat bilik kitaorang 3 hari berturut turut.. and alhamdulilah sejak daritu kitaorang x de dah gangguan pelik pelik ni..
menurut sumber dari pak cik google.. sesetengah blok di kmns Memang terkenal dengan keseramannya .... maybe sebab kedudukan yang berada dekat dengan hutan kott.. macam cerita di blok c5 yang dikatakan paling keras kerana didakwa ada student yang bunuh diri di situ..hantu mak cik karipap.. ada juga cerita mengenai seorang budak lelaki yang ternampak seseorang memberus gigi menggunakan pisau.. dan macam2 lagi ..tapi kesimpulannya.. apabila kita di tempat orang pandai pandailah kita menjaga adab ... dan tingkah ...wassalam.....
No comments:
Post a Comment