Wednesday, 30 March 2016

all about me

  Ni kali pertama saya menulis blog and of course  disebabkan oleh tuntutan assignment,sebenarnya tak tahu nak buat gaya macam mana tapi tulis je lah... jujur rasa confuse  and curious  memang wujud dalam diri sekarang ni maklumlah first time tapi sebenarnya bagus jugaklah sebab at least saya ada pengalaman rasa buat blog ni kalau tak entah bilalah saya nak buat, ok tak perlu nak overexcited kot ,straight to the point ,untuk kali ni saya diminta untuk ulas tentang perihal diri sendiri dan minat saya..

.Bercerita tentang perihal diri,sinonim lah untuk kita kenalkan diri dulu jadi , nama diberi  ialah Nur Iylia Shazwin binti Ramiti , time sekolah rendah n menengah kawan kawan selalu panggil iylia tapi since masuk matrik saya short kan lagi jadi Ell ... kenapa Ell,  maybe sebab nak bagi orang senang ingat dan alhamdulilah berhasil... Perihal diri ni sebenarnya satu skop tajuk yang luas, tapi untuk tugasan ini saya lebih memilih untuk mengulas tentang biodata saya. Saya dilahirkan pada 27 oktober 1996 di Hospital Johor Baharu pada jam 8.20 malam .saya merupakan anak sulung dalam family saya .. hobi , bercakap pasal hobi ..banyak sebenarnya dengar lagu, bercuti macam2 tapi saya pilih yang utama,, sejak kecil saya memang minat tengok orang masak terutamanya pastry atau some kind of desert dari situlah saya minat untuk explore pasal memasak ni lagipon saya suka makan jadi sesuai lah, tpi sejak dah masuk matrik n sekarang universiti memang masa tu jarang ada jadi saya prefer untuk jadikan membaca novel sebagai hobi baru.. mostly dari novel yang saya minat ialah novel fixi, thriller , psiko dan seram sebab novel type macam ni selalu bagi story line yang susah nak expect dan agak twistmind.. dan saya suka.

 Beralih  kepada pendidikan, saya mendapat pendidikan awal di sekolah Kebangsaan  Kg Dato Ibrahim Majid selama 6 tahun sebelum menyambung pengajian ke SMK Simpang Renggam , seterusnya saya plan untuk travel jauh sikit jadi saya sambung study di Matrikulasi Negeri sembilan selama setahun dalam bidang perakaunan even sebelum ni saya science stream students dan mungkin inilah yang dikatakan minat..secara jujurnya minat dalam bidang perakaunan ini tercetus time form 4 lagi,secara tiba tiba di suatu pagi saya mengambil keputusan untuk mendaftarkan subjek perakaunan dalam list subjek spm ..suatu keputusan yang agak ekstreme terutamanya bila kita perlu study subjek tu sendiri tapi agak berbaloi apabila saya dapat score A+ dalam subjek perakauanan .dan sejak dari itu saya rasa bidang ni adalah tujuan dan minat saya.. berbekal result yang agak baik dan semangat yang kena kental sebab saya kena travel ke utara pula sekarang , saya dapat sambung degree saya di Universiti Utara Malaysia, hajat di hati nak sambung dalam degree perakaunan tapi rezeki blum sampai jadi sekarang  saya sambung degree in marketing, untuk peermulaan saya agak terkilan , tapi setelah husznudzon saya terima dengan hati yang terbuka.. jadi secara ringkasnya dapat saya rumuskan , bahawa minat saya adalah dalam bidang yang melibatkan wang, pengurusan wang, atau apa2 yang berkaitan dengannya senang cerita macam business, accounting  marketig dan dll..sebab bidang ni jika diteroka dengan baik ia satu bidang yang sangat berpotensi sebab selagi manusia hidup business dan wang sentiasa menjadi aliran hidup  , jadi harapan saya agar minat saya ni dapat membantu saya survive dalam era yang mencabar sekarang ni

                                                - sekian-